Wednesday 18 May 2011

~PILIHAN MAMA~UMIE NADZIMAH~

DI BACA 17/05/11-19/05/11


''RESTUMU```MENGIRINGI BAHAGIAM HINGGA HUJUNG NYAWA````'' 
~Synopsis~
Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari calon isterinya, melalui chating, facebook, blind date dan sebagainya. Ada juga yang diperkenalkan oleh rakan karibnya Fazli. Namun, satu pun masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingininya untuk menjadi isteri dan menantu terbaik kepada ibunya. Bukan tiada wanita yang menginginkannya, ramai. Terlalu ramai. Tetapi semua tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang isteri solehah yang diidamkannya.Setelah lama menunggu. Si ibu membuat keputusan untuk memilih sendiri menantunya. Dengan terpaksa, si jejaka menurutkan kehendak ibu kerana tidak mahu mengecewakan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya. Sebuah ikatan pertunangan telah dijalinkan antara Aiman dengan gadis pilihan ibunya, Aisyah. Walaupun ikatan telah dijalinkan, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk mengenali, melihat, berjumpa dan berbual dengan tunangannya. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja, Aiman berjumpa dengan wanita idamannya iaitu wanita misteri yang bernama Adila. Dia membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya dengan gadis pilihan ibu. Namun, apabila melihat wajah ibunya, dia tidak sanggup meluahkan isi hati. Segala keinginan terpaksa dipendam. Dia terpaksa menunaikan janji yang telah terpatri. Maka, wanita idaman terpaksa dilepaskan pergi. Setelah bahagia menjelma, datang pula badai yang mengempas hati dapatkah Aiman mengharunginya 

                                           4****bintang

~SELAMAT MALAM KEKASIH~AINA EMIR~

Sinopsis
Hatinya sudah lama membeku hampir jadi kaku. Berpisah dengan Farhan begitu terkesan sekali. Umurnya masih muda, namun dia terpaksa sahaja melalui sesuatu yang membebankan, bagaikan kaca yang remuk setelah terhumban di atas batu. Mujurlah ada Aunty Julia dan Ain Suraya yang mampu menenangkan fikirannya.Namun, papanya mula mendesak agar Maya Kamilla tidak membuang masa lagi.

Pun begitu, papanya cerewet. Kalau tidak sama status dan tidak sekufu,
jangan haraplah papanya akan bersetuju. Mungkin kerana itulah Maya
terpaksa jauhkan diri daripada sang arjuna. Lagipun, lelaki itu tak cukup 'mata' untuk diletakkan dalam senarai calonnya. Izz al Din, tak banyak beza daripada Farhan dari segi latarnya. Paling secocok dengan Maya Kamilla. Dia juga pernah menyayanginya, sama seperti Farhan juga. Apakah kali ini Abang Izz mampu menambat hati Maya semula? Atau Maya masih berkira-kira kerana niat Abang Izz diraguinya. Tapi kenapa pula? Soal status bukan sekadar menjadi isu papa Maya sahaja, tetapi merupakan soal penting buat orang lain jua. Dalam usaha Maya Kamilla untuk mencari pengganti, dia semakin terbeban. Misyal pula lebih muda daripadanya. Takkanlah si ustaz ini mampu menandingi Abang Izz yang serba hebat itu? Ke manakah arah yang ingin Maya tuju? Sanggupkah Maya terus mengikut arahan papanya, atau kali ini dia mahu memberontak lalu mengikut kata hati pula?

                                     
                                            4 ****BINTANG

        ~PERGILAH SEPI~FAUZIAH ASHARI~


Sinopsis :
 PERGILAH SEPI Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan.

Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan.

Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh disudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertama.

Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka?

PERGILAH SEPI... menjawab segala persoalan betapa bila kegirangan singgah di hati, kesepian terus berlalu pergi.
4 **** BINTANG

~HANYA KAU YANG TAHU~KAMSIAH ABU

D BACA 15/05/11-17/05/11

~Seandainya boleh kuatur peasaan ini;
pasti bukan cintanya yang kucari````~



~sinopsis~
Ini juga peluang keemasan yang diguna oleh Daniel Harith, tokoh korporat muda yang terkenal dengan imej ‘Romeo’ untuk melepaskan dirinya dari Munirah Samad. Dilema di hati Farah menjadi bertambah parah apabila impiannya untuk membina bahagia bersama kekasihnya Rizal menemui jalan buntu.


Hanya Kau Yang Tahu akan dapat menyingkap semua rahsia yang seolah-olah memenjarakan Farah dalam penderitaan yang entah bila akan berakhir 

best masih terbayang-bayang DANIEL HARITH 
perasan nak jadi FARAH  hehehe
Taniah taniah kepada penulis KAMSIAH ABU
Novel yg ke 2 kak kamsiah membuat kan saya tergila-gila kan
heronya selepas FIRDAUS TAN (Mengamit Syurga Firdaus)

5 ***** BINTANG