Monday 16 May 2011

~CUCUR BAWANG & KOPI 'O' ~HASRUDI JAWAWI~

5/5/11-9/5/11

~Hadirnya kau dalam hidupku
  membawakan sinar baru'
  Andainya kau tahu kumencintaimu;
  kipasti dirimu takkan
  tegar melukakanku~
Sinopsis:
Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang' di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.

Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia.

Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?


 

Berjaya habis baca novel nie dalam masa berapa hari..  kejadian nie akan berlaku sekiranya novel itu terlalu best.. Yes Novel nie memang best beb.. memang berbaloi menghabiskan masa membaca novel nie...

Walaupon ending novel nie agak Klise.. Tapi hendak sampai ke ending nye memang lain dari novel yang lain.. dah bosan dengan novel2 yang plot nye sama je iaitu kawin paksa.. walaupon novel nie pon melibatkan kawin paksa tapi bukan di paksa oleh mana2 pihak tapi terpaksa sebab kesalahan diri sendiri.. So memang best lah Novel nie..suka suka suka

                                4**** bintang